Ayam Gepuk ArtisanSeksyen 7 · Shah Alam Portal Staf
Rasa Ayam Gepuk Sebenar · Bayar Sekali, Refill Percuma · Pedas Meletop · Krispy & Klasik · Jom Makan! · Rasa Ayam Gepuk Sebenar · Bayar Sekali, Refill Percuma · Pedas Meletop · Krispy & Klasik · Jom Makan! ·
Jom kerja dengan kami

Kerjaya

Cawangan Seksyen 7 sentiasa mencari orang yang boleh berdiri lama, kerja pantas dan layan pelanggan dengan baik. Pengalaman tidak wajib. Kami latih.

Jawatan Kosong Seksyen 7, Shah Alam

Krew Kaunter

Buka

Ambil order di POS, kendali tunai dan e-wallet, susun bungkus, layan pelanggan.

  • Sepenuh masa atau separuh masa
  • Shift AM 8:00–17:00 atau PM 17:00–22:30
  • Boleh baca dan kira dengan tepat

Krew Dapur / Goreng

Buka

Station goreng, kawal suhu dan masa, jaga batch, gepuk dan siram sambal.

  • Sepenuh masa
  • Selesa dengan haba dan kerja berdiri
  • Wajib ada sijil pengendali makanan (kami boleh uruskan)

Krew Lantai

Separuh masa

Bersihkan meja dalam 2 minit, refill nasi dan sambal, jaga kebersihan hall dan tandas.

  • Sesuai untuk pelajar
  • Shift hujung minggu tersedia
  • Ramah dengan pelanggan

Penolong Pengurus

Simpanan

Buka dan tutup kedai, jadual shift, stok, pematuhan KKM, latih krew baharu.

  • Sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman F&B
  • Selesa dengan sistem POS dan rekod

Latihan Industri

Pelajar kolej dan universiti boleh memohon penempatan operasi atau pemasaran. Hantar surat penempatan bersama permohonan.

Apa yang anda dapat

  • Latihan berstruktur melalui portal staf cawangan
  • Makan staf semasa shift
  • Jadual shift tetap, direkod dalam sistem kehadiran
  • Peluang naik ke penyelia dan penolong pengurus
MohonApply

Cara kami pilih

1
Hantar borang
Kami hubungi dalam 3 hari bekerja.
2
Temuduga ringkas
Di kedai, 15 minit, waktu lull petang.
3
Cuba satu shift
Anda tengok kerja sebenar sebelum setuju.
4
Mula latihan
Portal staf, station demi station.
Nota. Permohonan melalui halaman ini dihantar sebagai e-mel dari peranti anda. Anda juga boleh terus WhatsApp 013-381 3932 atau datang ke kedai waktu lull, 15:00 – 17:00.
Seksyen 7 · 11:30 – 21:30
Refill nasi & sambal percuma
MenuTelefon