Ayam Gepuk Artisan membawa hidangan ayam gepuk gaya Indonesia ke Malaysia. Halaman ini untuk cawangan Seksyen 7, Shah Alam.
Gepuk bermaksud dipukul atau dihenyak. Ayam yang sudah digoreng diletak atas lesung batu, diketuk perlahan supaya isinya merekah dan menyerap sambal, kemudian disiram sambal kacang yang ditumbuk terus di depan pelanggan.
Itulah sebabnya rasa sambal masuk ke dalam isi, bukan duduk di atas sahaja. Setiap pinggan disiapkan selepas order, bukan dari dulang simpanan.
VG 40, Jalan Plumbum V7/W, Seksyen 7, 40000 Shah Alam. Berdekatan kampus dan kawasan kedai Seksyen 7, sibuk waktu makan tengah hari dan malam.
Ayam Gepuk Artisan (M) Sdn. Bhd. (202601014784 / 1676882-T) mengendalikan 35 cawangan di seluruh Malaysia: 17 di Selangor, 8 di Perak, 8 di Kuala Lumpur dan 2 di Negeri Sembilan.
Ayam digoreng ikut batch, bukan disimpan lama di bawah lampu. Ayam yang keluar dari chiller mesti masuk kuali dalam masa 10 minit.
Biasa, pedas, atau extra pedas. Kalau tersilap tahap, beritahu staf. Kami tukar tanpa soal.
Nasi, sambal dan kacang gajus percuma untuk dine-in. Air satu bayaran RM2.80 untuk refill tanpa had.
Standard kami: meja kosong dilap dan disusun semula dalam masa dua minit selepas pelanggan bangun.
Setiap staf lalui kursus station, kuiz dan checklist buka-tutup melalui portal dalaman cawangan ini.
Setiap aduan diberi nombor tiket dan disemak oleh pengurus cawangan dalam masa 24 jam.






