Ayam Gepuk ArtisanSeksyen 7 · Shah Alam Portal Staf
AG Artisan OSHab StafKehadiranKaunterMesin POSStation GorengPeralatanPrepHidanganLantaiBuka / TutupPengurus
HubKaunterPOS LatihanGorengPeralatanPrep & AyamHidang SetFloor & ServisBuka / Tutup
Peralatan Dapur · Kitchen equipment

PANEL & SUIS

Setiap butang di dapur, apa maknanya, dan apa yang boleh rosak kalau salah tekan.

280R LOW PRESSURE GAS ONLY

Hanya regulator gas tekanan rendah 280R dibenarkan pada deep fryer ini. Regulator lain = risiko kebakaran. Kalau regulator hilang atau rosak, JANGAN ganti sendiri — lapor kepada pengurus.

Panel sebenar di dapur Seksyen 7
Deep fryer — panel hadapan›
LT MADE IN TAIWAN IGNITION KNOB PRESS = nyala · TURN = OFF 180 210 220 TEMPERATURE set 180–190 °C sahaja DRAIN minyak sejuk sahaja

Set suhu di sini — bukan di tanda paling tinggi

Tombol ada tanda sehingga 220 °C. SOP goreng ayam ialah 180–190 °C. Jangan pusing ke maksimum sebab “nak cepat”.

REMARKS — 5 arahan pada panel

1 · JARAK 20 CM

Jauhkan 20 cm dari apa-apa yang boleh terbakar.

2 · MINYAK SEJUK DULU

Buang minyak HANYA selepas sejuk. Minyak panas = melecur teruk.

3 · ARAS MINYAK 70%

Kekalkan minyak pada 70% menutupi paip pemanas. Terlalu rendah = paip terdedah = bahaya api.

4 · JANGAN BENGKOKKAN PROB

Prob suhu bengkok = bacaan salah = ayam mentah atau hangus.

5 · GAS 280R

Hanya gas tekanan rendah 280R dibenarkan.
Hood / exhaust — panel kawalan›
一键照明 LAMPU 一键爆炒 MODE KUAT POWER KUASA 广域畅吸 SEDUT LUAS 启停
ButangMaksudBila guna
一键照明Lampu hoodOpening — nyalakan
一键爆炒模式Mode sedutan kuatBila asap tebal masa peak
(merah)Kuasa utamaOpening ON · closing OFF
一键广域畅吸Sedutan kawasan luasBila goreng di dua kuali
一键启停Start / stop kipasKawalan cepat
Wayar terdedah di atas panel — jangan sentuh, jangan basahkan kawasan itu masa mop. Lapor kepada pengurus untuk dibaiki.

BUAT

  • Hidupkan hood SEBELUM nyalakan fryer
  • Bunyi & aliran udara normal — semak masa opening
  • Matikan hood selepas fryer sejuk, bukan sebelum

JANGAN

  • Goreng dengan hood mati
  • Sembur air ke panel semasa cuci
  • Abaikan bunyi pelik atau getaran
Display warmer — panel & suhu›
30 60 80 TEMPERATURE SELECTION POWER LIGHT HOT LIGHT HOT SWITCH LIGHT SWITCH

Dail 30–80 °C — set dalam zon hijau

SOP: ayam siap goreng disimpan pada 60–70 °C. Bawah 60 °C = zon bahaya bakteria. Atas 70 °C = ayam kering dan keras.
1
POWER LIGHT hijau menyala = unit ada kuasa
2
HOT SWITCH ON → HOT LIGHT merah menyala = sedang memanas
3
LIGHT SWITCH untuk lampu paparan sahaja — tidak memanaskan
4
Ayam masuk warmer terus selepas toskan (≤3 minit)
Bekas perapan ayam›

BUAT

  • Bekas food grade, dilapik plastik bersih
  • Ayam terendam rata dalam perapan
  • Tutup + label tarikh, terus masuk chiller

JANGAN

  • Biar bekas tersergam atas meja dapur
  • Letak atas lantai
  • Lebih 10 minit di luar chiller
Turutan hidup & mati›

BUKA

1
Pintu belakang
2
Exhaust / hood
3
Lampu, suis, CCTV
4
Fryer — panaskan ≥ 20 minit
5
Warmer, rice cooker, bain-marie

TUTUP — terbalik

1
Fryer OFF dahulu
2
Warmer, rice cooker, bain-marie OFF
3
Minyak sejuk → tapis / simpan bertutup
4
Hood OFF hanya selepas fryer sejuk
5
Tong gas ditutup & dikunci
Lapor segera — jangan baiki sendiri›
Wayar terdedah
Bau gas / regulator rosak
Suhu tak naik / prob bengkok
Minyak bocor dari spigot
Hood bunyi pelik / tak sedut
HOT LIGHT tak menyala
Kuiz peralatan›
Perlu disahkan dengan HQ: checklist opening AG-SOP-CL-001 menyebut fryer “mencapai tetapan (± 170 °C)”, tetapi SOP goreng ayam menetapkan 180–190 °C. Satu angka sahaja patut digunakan di dapur.